Zaman moden Sejarah_Jepun

Pada kemuncaknya di tahun 1942, Empayar Jepun merangkumi sebahagian besar Asia Timur dan Asia Tenggara.

Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.

Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang China-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pasifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.

Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam tempoh itu, ia menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut sebagai raja berperlembagaan. Selepas penjajahan, di bawah program pembangunan industri agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan strategik kepada Amerika Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat menjadi yang kedua tertinggi di dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran saham yang teruk pada tahun 1989 yang mana negara ini amsih belum peulih sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa ekonomi dunia dan juga baru-baru ini telah bangkit semula sebagai kuasa strategik dengan meminjamkan sokongan bukan kombat dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003.

Topik Jepun 
Sejarah
Kronologi
Mengikut topik
Geografi
Politik
Kerajaan Jepun
Ekonomi
Sosial
Kebudayaan